27 June 2014

Promosi sushiiiiiiiiii!

Assalamualaikum,

Hai engkorang semua. Haritu kan sushi king buat promotion koooo! semua sushi rm3 tak kesah lah apa pon tp rm3 jugak. Ha menarik bukan? cewah ayat bm sangat. Mulanya aku tak nak pon makan sushi ni. Nak order mix bento la cam biasa an tapi dia kata yang ada cuma sushi je so terpaksa la aku ambik sushi. Aku jarang makan sushi sushi dia ni so sekali sekala apa salahnya an an :D Aku paling suka yang ada nasi pastu atas tu belut kot takpon salmon. Omnomnom sedapnya. Aku tak tau pon tu belut sebenarnya. Main ambik je pastu sumbat dalam mulut. Dah habis makan baru kawan aku ckp tu belut. Aku mcm "em sedap jugak. Sedap gila! lagi sedap dari ikan" nasib baik cakap lepas aku dah habis makan kalau sebelum makan maybe aku fikir dua tiga kali kot nak makan. 

Nak makan sushi ni kena ada card dia and satu card 5 orang je blh. Kalau tak de card maap le engkorang kena la bayor cam biasa lah. Tapinya kena habiskan semua makanan. Tak boleh membazir. Kalau ada lebih lebih tu dia suruh kita bayar harga biasa and makan pon blh 45 minit je sbb ramai gila orang an. Bila harga sushi dah murah gila, kau mesti jadi orang gila. Ikut mu lah nak ambik banyak mana pon asalkan tak membazir lah ye. Membazirkan amalan syaitooonnnnn. Puasa nak dekat ye. 



Tapinya promotion ni sampai semalam je kahkah jahat an aku ni. Dah habis promotion baru bagitau XD sebenarnya nak update lama dah dari isnin haritu tapi busy dengan test lah bagai. Tak de masa ye anak anak. Sorry hehe lain kali ye :P

Assalamualaikum :D

Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

21 June 2014

Science Carnival

Assalamualaikum

Hey guys and girls! Nak cerita ni! Rabu ngan Khamis baru baru ni kan course aku ada organize satu event yang dipanggil "Science Carnival"! Bunyi macam best kan? Memang best pon. Actually event ni kiteorang nak buat dekat mall tapi ada masalah budget la pulak so buat dekat Shahputra Convention Centre je la.

(First day)
Aku ingat kerja aku dah settle la kan tapi pasal tak cukup orang so aku pon tolong sekali. I jadi pengiring VIP uollssss. Bangga gitu sebab kita jalan tengah tengah tu kan kah kah padahal orang lain tu tgk vip nye bknnya aku lulz. Lepas dah mengiringi vip tu aku terus gi belakang pentas nak ready bawak kek masa perasmian tu lah but before that kena tengok video opening yang dorang buat. Dia jadi pelakon utama okayyyyy. Yang tak boleh blahnye ada dak pompuan ni siap nak cop lagi kata "aku suka dak laki ni" hek eleh sangat kau haha lantak la. Pastu aku ingatkan after perasmian aku tak busy dah rupanya busy lagi. Penat gila naik turun tangga banyak kali sebab masing masing tak pegang fon. Ada walkie talkie pon bukan semua ada. Yang ada pon tak on -.- Sabar je la aku. Malam tu kan memang penat gila bak hang. Masing masing dah tumbang lama dah. Aku lak still kena pergi sana sini em sian aku. Tapi kalau dok bilik pon bukan boleh tidur sebab masalahnya bila aku penat gila gila aku tak boleh tido. Sedih betul T_T tapi kira okay la jugak aku tak boleh tidur sebabnya esok tu birthday dia. So aku tungguuuuuuuu sampai lah pukul 12 after tu baru aku tidur. Bila aku teringat balik apa yang aku wish kat dia mesti rasa nak menyorok je. Ya Allah segan kot hahahahaha gedik betul aku. Rasa nak tampar diri sendiri.

(Second day)
 Pagi pagi lagi perut dah buat hal. Boleh pulak kena gastrik. Kalau setakat masuk angin boleh lagi tapi ni siap muntah muntah. Rugi je aku makan tapi lepas tu sedekah kat jamban ish ish dah makan ubat pon still tak jalan last2 aku pon pegi berehat surau. Lama gak aku tido. Tak sedar langsung. Memang badan tak larat gila masa tu. Masa aku sampai je kat scc tu masing masing tanya okay ke tak. Atototo terharu sangat haha pastu aku pon tolong la buat apa yang patut semua, main semua game. Dapat la jugak hadiah hadiahnya hehehe masa tengah buat buat keje tu tetiba pak ya panggil. Hari khamis tu kan birthday dia so aku pon join la bersubahat dengan dorang semua nak prank dia kahkah jahatnya aku. Tapi sementara tunggu dorang nak prepare barang barang tu aku buat cam biasa la sampai la sape ntah cakap kat aku "kau dah boleh buat keje kau" cewah macam tengah buat misi yang jahat je haha aku pon ajak dia turun bawah. Borak borak, mintak ajar cam ne nak guna camera bagai, nak ambik gambar banyak banyak cam ne la padahal tau je tapi sebab aku tak tau dah nak buat apa bagi dia tak perasan aku tengah tunggu dorang baling belon air tu. Tapi kantoi gak lepas tu. Dia terus lari naik atas aku lak tak sempat nak kejar dorang dah baling kat dia. Perghhh! sikit lagi air nak kena camera dia. Memang every moment tu aku ambikkkkkkk je haha pastu nik qis offer belon air dia. Aku pon ambik la tapi aku baling belon tu tak pecah T_T masa dia nak ambik belon tu aku dah cabut masuk dalam court. Kang kena tak memasal je haha memang best gila tengok orang nak baling kat dia. Last last dorang semua tangkap dia baling belon tu memang kesian gak ar macam kena dera je haha padahal sebelum tu siap cakap kat aku lagi "tengok tak basah pon" tapi lepas tu basah kahkah padan muka! :P dah habis sesi baling membaling tu kiteorang masuk dalam hall balik. Ambik ambik gambar pastu aku bagi la hadiah aku kat dia muehehehe pastu sambung buat keje balik. Nasib baik jugak malam tu tak jadi keluar. Memang tak larat kot.

So begitu la ceritanya tapi aku rasa aku bukannya cite pasal karnival tapi banyak cite pasal prank dia je hahaha


actually aku nak bagi tie tapi bila member2 cakap warna dia tak lawa aku ngan mmber2 aku pon pegi la cari hadiah lain. Ingat tak hari aku cite aku pegi Teluk Cempedak tu? haa time tu la. Jenuh dok pikir nak bagi apa. Padahal banyak je option tapi aku ni memilih sikit nak bagi hadiah sebab aku nak bagi hadiah yang boleh dia pakai hari hari and semua orang nampak kahkah tak de lah gurau je at least barang yang aku boleh nampak dia pakai. Happy le sikit hati ni ha. Tapi aku bagi je dua dua sekali haha sebab kalau aku simpan pon bkn boleh buat apa pon an so better aku bagi kalau tak nak pakai tak pe la sbb x mahal pon XD btw aku dah tau nak ikat tie cam ne tau. Better belajar sekarang nanti senang :P pastu aku pon post gmbr hadiah hadiah ni kat abg aku pastu dia ckp "kat aku tak nak lak kau tlg ikatkan" padahal aku mana la tau dia pakai tie gi kolej -.- em suruh la awek kau belajar ikat tie nanti an. 


dia dah tau dia nak kena prank tu :P



Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

15 June 2014

Teluk Cempedak!

Assalamualaikum

Hai semalam kiteorang pergi Teluk Cempedak muehehe hekeleh teluk cempedak je pun. Em tapi semalam happy gila weh. Dah lama aku tak rasa gelak yang gila gila cam tu v_v dorang pelik kenapa lawak yang biasa biasa pun aku boleh gelak gila gila. Macam nak cramp perut aku. Even nak terlanggar ranting pon aku gelak tapi tak lah gelak gila gila tapi gelak lah haha aku pon tak paham. Kiranya pergi semalam hilang stress tau. Yang aku tak boleh lupa tu bila dayah buat lawak pasal rantai tangan anak anak dia nanti XD Setiap kali teringat mesti aku rasa nak gelak. Ha! dengan lawak dalam bas -.-

Btw aku tak cerita lagi aku pegi ngan sape. Aku pegi ngan dila and dayah. Dila ni dah lama aku kenal tapi baru nak rapat rapat sekarang ni since aku baru sedar banyak benda cewah! dah dah jangan bukak cerita. Tapi si dayah ni dia baru je masuk seminggu tapi tak sampai seminggu aku boleh masuk kot ngan dia. Macam kak qila cakap "ingatkan dila ni je orang paling banyak ckp rupanya ada lagi orang banyak cakap haha" serious doh kalau korang baru je lepak ngan dia mesti dia dah layan kau macam dah lama gila kenal. Ha lupa nak cerita yang dayah ni bestfriend dila since sekolah rendah kot. Best gila an. Aku teringin gila nak ada bestfriend yang sama sama masuk tempat yang sama ngan aku. Em tak pe lah tak de rezeki yang penting aku still ada Raihana ececehhhh jangan kembang!

Yang bestnya semalam dapat mandi laut *dancing* aku ngan dila je mandi sebab ada orang tu dila bawak banyak benda so dia lah tlg jaga barang muehehe :P Padahal semalam bendera merah tau tapi kiteorang mandi gak sbb tgk ramai je mandi haha kat laut pon siap boleh gosip gosip lagi, boleh berceramah gak. Yang berceramah tu dila. Dia ceramah plus bagi nasihat kat aku la. Terharu la jugak sebab ada ramai support aku nak berubah. Slow slow la an. Aku banyak buat salah kat semua orang and aku selalu ulang salah yang sama tapi sebagai kawan yang baik, dia takkan penat nak tegur salah kita kan? Aku tengah cuba. Ha mula lah tu. 

Lupa nak cerita lagi masa sebelum nak pergi mandi tu kan kiteorang kena follow ngan monyet. Pastu datang lak monyet lain. Masa tu dila jalan depan sekali last last dia campak ice cream dia kt monyet tu so apelagi lintang pukang kiteorang lari. Dengan bag kiri kanan dah mcm apa je kahkah kesian dila. Dia korbankan ice cream dia. Baru mkn sikit haha pastu masa mandi tu lak dia kena dengan obor-obor. Sebelum tu aku dah cerita kalau kena ngan obor-obor boleh mati sbb aku tengok kt rancangan mana ntah ni an. Tetiba dila lak yang kena. Dua kali lak tu. Kesian aku tengok kau ni. Ada abang tu bagi tips suruh ambik pasir kat tepi pantai tu pastu selawat gosok gosok kat tempat tu. Kira okay dah lah tapi tangan dia still sakit. Pastu kiteorang terus naik atas. 

Then kiteorang lepak ambik gambar tepi pantai. Best betul dok tepi pantai kalau petang petang. Aku suka pantai. Sebab boleh hilangkan stress lagisatu kita dapat pahala tau tengok laut. Kalau aku ada kereta an asal ada problem je aku nak pergi pantai tapi masalahnya tak de kereta v_v Ingat nak lepak sampai malam. Kononnya nak tunggu dia datang gak lah sebab dia nak join sebenarnya tapi dia busy. Tu yang bertiga je. And aku tunggu kot kot dia nak datang malam ke tapi still busy so kiteorang decided pergi ECM je. Nak cari barang pastu jalan jalan jap. Ada sekali tu an kiteorang nak turun pastu dengar lah dorang pasang lagu ale ale yang lagu bola tu. Aku ni kalau lagu rancak ke music mcm disko ke aku suka so dengan spontannya aku pergi menari kat situ jugak. Tetiba dila pandang "eh zati menari? hahaha first time aku nmpk kau menari!" lol sebabnya dorang ni dah selalu sangat menari depan aku. Padahal dalam kereta haritu ada gak aku menari tapi pasal duduk kot tak perasan XD nampak tak cemana happynya aku semalam sampai menari bagai.

Aku suka gila gambar ni. Macam candid. Macam bahagia je. Macam seronok je. Macam macam lah

Kiteorang memang suka buat muka muka sememeh. Tak kesah pon kalau orang kata buruk.

Aku edit ni! lawa an? kahkah x cukup lawa lagi ni em


Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

01 June 2014

Minat

Assalamualaikum

Masing-masing ada minat sendiri kan? Ada yang minat memasak, baca novel, hangout, ala macam macam lah. Tak kurang juga ada yang suka berkonvoi and ofcourse lah motor takpon kereta. Ada ke konvoi lori? Tak kot em em tak pe blh diusulkan kemudian. Tapi bagi aku lah kan ecewahhhh sebelum tu gua nak cakap rntry harini gua nak tulis pasal diri gua je. Tak nak baca sudah kehkeh okay sambung balik. Macam aku, aku minat motorbike. Tak kesah lah superbike ke sportbike ke and ada satu lagi ni aku reti sebut tapi x tau nak eja haha tapi aku paling suka superbike lah. Kalau macam easy rider aku tak suka mcm harley davidson aku tak minat sebab dia nampak cam orang tua XD

Dulu dulu aku tak suka pon superbike bagai semua ni tapi since aku form 4 kot an ada satu hari tu abang aku suruh aku belajar bawak Kawasaki Z750s yang ayah aku punya. So aku try lah. Mulanya aku takut lah tengok cam berat je dah lah pakai cluch. Pastu masa aku nak tegakkan motor tu tetiba aku jerit "weh! aku ingat berat gila!" hahahaha jakun jap. Dah macam orang apa je. Masa mula mula motor nak gerak dah aku macam happy gila bak hangggg. Cuma nak kona je lah susah sikit sbb tayar berat an. So aku pon round round satu taman aku, pergi taman sebelah. Paling best bila jalan lurus hehehehehehe ala paham paham la. Masa tu dah jalan lurus so gua nak test laju dia haa apa lagi habis tudung haha Aku tak ingat aku bawak berapa ntah masa tu XD Kat taman aku tak penah lagi ada pompuan bawak motor besar so market sikit la kahkah (agak riak di situ. Maap) 

Masa nak ambik lesen motor tu mama suruh aku ambik B Full. Memang lah best. Tapi kat tempat aku tu dia pakai motor virago (Acano ntah eja) so  susah lah nak kepakkan tangan -____- kat nilai pakai ER6 tak silap sebab member aku ambik kat sana. Nak gi sana bila pulak. Aku nak kena bawak motor pegi sekolah kang xde lesen takkan nak jalan kaki. So ambik je lah lesen biasa tsk tsk

Aku penah pegi konvoi motor dua kali kot. Tapi bkn aku bawak lah. Naik ngan abang aku. Yang first masa nak pergi Penang. Parents aku dah gerak dulu ngan geng motor GP800 sbb masa tu abg first aku exam so after dia exam terus gerak ngan abg second and adik lelaki. Memang sakit pinggang gak la tapi syok bak hang. Cuma ada incident yang terjadi masa otw nak pegi Penang. Ada kereta ni dia cam cucuk cucuk belakang kiteorang. Pastu tetiba potong depan cam tu je nasib baik tak accident. Kwajo gila doh. Paling abg abg aku pon kejar dia. Aku yang kat belakang ni dah jerit jerit suruh dia perlahankan tp mana dengar haha pastu abang abang aku pergi sebelah kete tu dia maki kete tu tapi yang sakit hatinya dia buat dunno je. Abang aku dah geram sgt dia sepak side mirror orang tu terus dia blah. Gua kat belakang macam nak pengsan -.-'

Konvoi lagi satu masa pergi Sekinchan dengan MyTv3. Group lelaki naik GP800 yang group pompuan naik superbike. Yang pompuan ada lah dalam 7,8 motor kot. Fauziah latif pon ada hehe so aku ngan abang aku join yang group pompuan niiiii. Disebabkan yang bawak motornya abg aku so kiteorang kena dok belakang lah. Kononnya Marshall :P Pergi Sekinchan ni pon best. Ada bersihkan rumah anak yatim pastu masuk tv hehehehe k tapi aktivity yang tu je lah sbb masa tu hujan sikit so x berapa syok sangat la sobsob ada makcik tu dia pakai Agusta MV woi. Mahal gila kot. Tapi kalau dia parking pastu dia nak undur motor tu mesti panggil suami dia buatkan. Atototo omeynya. Nak cam ni gak kakaka

Actually aku tak suka motor KTM, scrembler bagai (tak kesah la eja cemana) sebab orang yang bawak motor ni mesti menggelabah ayam sebab ekzos dia kuat padahal tak laju mana pon. Serious doh. Tapi kalau dah minat orang tu cenggitu bior le haha pernah tu abg aku cerita budak LC lawan ngan dak motor ni lah. LC standard pon dorang tak leh lawan. Lagi satu dorang lawan bunyi ekzos pon x leh lawan. Tu sebab aku cakap dorang gelabah haha x tau knp aku anti gila. aku x sukaaaaa kbai btw saja nak kongsi sape nak tukar ekzos tu an tak silap aku la ekzos yoshimura kalau pakai kat LC mmg sedap gila. Bunyi dia padu bhaiii. Bagi aku la kalau compare dengan AHM ngan yy pang.

Tapi ni semua cerita duluuuu. Sekarang dua dua motor dah jual sebabnya parents aku tak active dah konvoi konvoi ni since dorang balik haji. Tu lah ceritanya macam mana aku boleh minat motor tapi minat cam tu cam tu jelah. Tak macam abang aku. Dia minat sampai semua motor dia hafal model dia. Dia just suka motor tu tapi ada yang aku tau nama tapi mostly tak tau kakakaka tapi! aku nak suami aku nnti ambik B Full sbb setiap minggu dia kena bawak aku gi jejalan naik motor tu haha k gurau jeeee kalau blh nak la.. :(

mcm ni le motor tuuuu tp aku curi gambo kt internet kikiki

Dah tu je lah cerita dia pasal minat aku. Jangan le pikir lain aku just nak kongsi. Kalau nak kata aku macam macam patut dari awal jangan baca lulz

ni R6 x silap. Gua suka gila yang ni! nampak hot gitchuuu

ni BMW s1000

R1 :)





Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

30 May 2014

Rezeki Tak Disangka dan Tips!

Assalamualaikum

Hello ebelibadeyhhhh. Maap le dah lama tak update blog sebabnya wifi kat rumah ni dia mintak kaki sebenarnya ye tapi kita ni sabo tu yang tak pijak tu. Yang TM pon satu haih maleh den nak cite pasal orang TM ni. Sakit hati la. Mesti rindu aku kan? cakap je lah engko rindu aku. Jangan simpan simpan tak elok kikiki haa awak pon mesti rindu nak baca blog kita an ke rindu tuan blog ni haha k nanti ada yang menyampah. Panjang betul intro dia an hehe

Meh nak cite ni. Mai la dekat dekat wahai orang kampung semuaaaa! semua..semua.. *echo* ehem nampak tak betapa sunyinya blog aku ni sampai ada echo sound hoho okay saya mula ni. Dah tak de mengarut-ngarut dah. Kalau aku mengarut lagi haa aku tengah bahagia letuwww :3 kay tak de kena mengena haha ni sebenornya nak cite yang hari jumaat lepas haa seminggu dah an aku dapat result. Hari jumaat kiteorang tak de kelas. Malas gak sebenarnya tapi ku gagahkan juga diri ini untuk result ku itu! *tunjuk muscle*. Sebelum nak ambik result tu aku tak letak harapan yang tinggi pon sebabnya nak dekat final tetiba aku ada macam macam problem. Kalau nak tau masa tu aku asyik nangissssssss je. Stress sangat sangat hm sedih, pastu lak peratus final 60%. Aku ulang ni ENAM PULUH PERATUS! gila kau! orang yang ulat buku je boleh score tau tak. Aku ni bukan rajin nak setadi mana pon. Setakat baca pastu pergi melagha benda lain. Memang rasa frust ada, rasa takut ada tapi tawakal je lah. Cuba je lah takat mana yang mampukan?

Pastu aku terfikir lah jugak kalau aku result aku jatuh cemana? sebab masa madam cakap dalam kelas haritu dia cuma cakap ada yang maintain ada yang jatuh tapi ramai jatuh so aku rasa macam aku punya result jatuh T_T kay tak pe lah aku pon pegi lah ke meja madam dan tibalah giliran aku nak tengok result. Memang masa tu macam macam perasaan ada. Dah macam nak ambik result SPM gua cakap sama lu niiiiii. Pastu gua pon masukkan id dengan ic sebab slip tak leh ambik lagi time tu. 

.
.
dubdab
.
.
.
dubdab
.
.
.
seminit... (tipu je seminit kakaka)
.
.
.
loading... (dalam hati: Allahumma Rabbi Yasir Wala Tu'assir Wa Atmim Bil Khair..)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan.... jeng jeng jeng *drum roll* 3.8 ! wuhuuuuuuuuuuu! rasa nak berjoget kat situ jugak! Seriously masa tu tak leh kawal perasaan aku dah. Haa sekarang pon rasa nak nangis jugak XD Gua tak sangka beb! paling tak sangka physics ngan bio. Macam bio tu dah lah carry mark rendah gila gila bak hang, yang physics tu carry mark okay la hehe even aku tak suka physics tapi tak tau la cane setiap test ngan exam aku boleh buat entah. Rezeki. Alhamdulillah. Cuma total CGPA aku dapat 3.7 something la. Okay la tu hee Pastu an aku terus call parents aku. Boleh dengarlah betapa happynya dorang. Time aku call tu mmg aku mcm nak nangis dah haha sbb aku tak expect 3.8 tau. Tetiba dapat ya Allah tak sangka sangat.

Aku ni ada satu 'masalah' yang pelik and kak tyqa pon tak paham ngan aku haha sebab bila aku TERLEBIH excited ke, sedih ke, marah ke, but especially kalau excited la confirm aku rasa pening kepala, sakit kepala, nak muntah, tak lalu nak makan, semua ada. Aku tak boleh nak terlebih sangat. Kena pandai kawal. So masa hari ambik result tu mmg pening gila kepala aku haha

Okay, sekarang aku nak share beberapa tips untuk kita as a student :)
1) Solat jangan tinggal. InsyaAllah semua orang tak tinggal.

2) Kalau ada masa tu rajin rajin la buat solat dhuha. Satu untuk murahkan rezeki, satu lagi tu satu cara untuk kita nak dermakan muscle muscle kita ni. Muscle pon kena bersedekah jugak. Tapi kalau ada kelas pagi tu tak leh buat apa lah. Kalau lelaki mungkin senang nak lari pegi kejap tapi pompuan susah sikit melainkan dia dah ada wudhu and terus solat dgn pakaian dia.

3) Buat solat sunat taubat. Ustazah apa entah pernah bagi ceramah dia kata solat taubat pon boleh bukak pintu rezeki. InsyaAllah.

4) Setiap kali solat tu selalu la doa untuk pelajaran kita. Pernah dengarkan kalau selalu doa tu insyaAllah doa diperkenankan. Pastu masa doa tu letak target paling tinggi contohnya doa nak dapat 4flat terus. Biar letak cita-cita setinggi langit, sekurang kurangnya kalau jatuh kita jatuh atas gunung je.

5) Masa doa tu doa la bersihkan hati, kuatkan ingatan, tajamkan fikiran, bagi kita mudah menerima ilmu dan yang penting doa bagi kita dah terima tu ilmu tu boleh melekat sampai bila bila. Aku pon nak kata boleh ingat tu tak jugak kahkah sealu lupa tp kita cuba.

6) NI PALING PENTING MASA NAK DEKAT EXAM haa kau besar besar lagi haha setiap kali exam ke test KENA bagitau parents sebab doa ibu bapa kan insyaAllah dimakbulkan. Bagitau member yang lain mntk doakan kot la dalam hati dorang tetiba doa terdoa kan ke haa untungkan cenggitu. Pastu masa nak dekat exam tu selalu kena doa bagi Allah lembutkan hati pemeriksa kertas, kalau ada salah jangan bagi dia perasan biar dia bagi betul je, kalau ada jawapan dekat dekat bagi betul je pastu doa bagi Allah tunjukkan masa kita tgh belajar tu tajuk mana yang exactly masuk dalam exam, gerakkan hati kita, datangkanlah dalam mimpi kita soalan soalan yang akan masuk. Yang ni memang gua sarankan sebab menjadi kat aku. Masa form 3 ngan form 5 tetiba dapat mimpi bahagian yang masuk especially macam novel yang kena hafal dah la x tau mana yang masuk so bila dapat mimpi tu aku focus kt bahagian tu je, yang lain aku baca cenggitu je pastu lagi satu pasal gerakkan hati tu an memang benda yang tak masuk exam memang aku tak baca. Bagi orang lain maybe penting. So kalau pengiraan tu la selalunya aku just focus mana yang aku rasa masuk je. Macam aku ajar math kt kawan aku haritu benda tak penting aku tak ajar pon even dia tanya and alhamdulillah la tak masuk hehe so tak de la kita susah susah nak study tau. Cuma kalau macam biology tu je aku still tak de cara lagi T_T sebab aku rasa semua penting hahahah kalau aku dapat mbbs aku tak tau la nak guna cara cam ne untuk study. Cara aku ni untuk takat foundy ni takpon benda kira kira tu okay la jgak hm :( takut lak haha

7) Masa nak jawab exam, nak ambik result ke even nak cari parking ke tak kesah la papepon yang kita nak Allah permudahkan, baca ayat ni : Allahumma Rabbiyassir Wala Tu'assir Wa Atmim Bil Khair. Maksudnya Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan.

8) Bersaing senyap senyap dengan orang lain. 

Okay tu je kot tips aku setakat ni. Kalau ada lagi nnti gua bagitau la ye. Maybe ada yang korang tau tapi sukati lah aku nak share jugak haha kalau nak cara study em em aku bukan study sangat hehe dia ikut orang sebenarnya. InsyaAllah korang semua pon boleh berjaya aamiinn~ doakan aku untuk sem 3 ni pulak ye :)

Ya Allah semoga Mas Izzati mendapat 4flat untuk sem 3 ni. Aamiin~ haaa thanks sebab doakan ! hee

Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)