24 February 2015

Resepi Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum! haiiiiiii :D Harini iolls nak share resepi spaghetti. Dulu aku ingat susah sangat nak buat sebab search kat internet kemain banyak bahan bahan dia. I ni kan jenis yang tak rajin hewhew so aku pon belajarlah dengan member aku guna cara yang paaaaaaling simple. Betul ni aku tak tipu. Aku ni tak de lah suka makan spaghetti sangat. Kalau western food tu aku prefer chicken chop tapi sebab nik cakap dia suka western food so iolls pon belajarlah one of it hewhew tp dia pon sama dengan aku. Dia lagi suka chicken chop tapi nanti nantilah I belajar sebab tak jumpa resepi yang senang lagi.

Okay lah kita start sekarang ye..

Bahan-bahan:

  • 1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 botol sos speghetti (aku guna yang kimball)
  • 1 botol sos tomoto @ 1 botol sos cili (size yang sederhana tau. Ni boleh salah satu. Kalau nak pedas sos cili lah tp kalau x nak pedas letak lah sos tomato tapi haritu aku campur sos tomato sikit and sos cili lebih sikit. Tak de lah muak sangat sebab aku tak suka sos tomato hehe)
  • 1 tin cendawan butang, mixed vegetable (ni option je. Nanti potonglah empat ke)
  • 1 packet daging kisar
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara:

a) Kuah
  1. Mula mula tumis bawang besar sampai jadi layu je jangan over sangat tau nanti tak sedap pastu masukkan sos speghetti satu botol. Nanti masukkanlah air dalam botol tu sayang lak kalau ada lebih lebih yedak hewhew
  2. Lepastu masukkan sos tomato @ sos cili. Then tunggu lah kejap bagi dia mendidih sikit ke.
  3. Masukkan cendawan ke mixed vagetable ke apa apa yang korang nak masuklah
  4. Last sekali masukkan daging kisar. lenyek lenyek dia bagi dia jadi size yang sama, ratakan. Tunggulah dia masak sikit. Masukkan gula garam secukupnya.


b) Mee

  1. cara nak rebus dia kalau nak cepatlahkan. Aku masukkan air panas dalam periuk pastu letak atas api. So nanti dia cepatlah mendidih. Masukkan minyak sikit biar dia tak melekat nanti. Bila dah mendidih tu masukkan mee tu tapi korang kena genggam mee tu letak kat bahagian tengah periuk pastu lepaskan. Nantikan dia jadi berselerak keliling periuk. Ada jenis mee yang kena rebus lama, ada jenis mee kena rebus kejap je. Ikutlah mee apa yang korang pakai hehe



Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

13 August 2014

Raya di Hatyai-Krabi (Part 3)

Assalamualaikum

Hai! Sorry sangat sebab ambik masa yang lama sangat nak update untuk part 3 ni. Bukan apa iolls busy sangat sekarang ni. Semalam nak update dah tapi lupa yang kena pergi physiotheraphy utk tulang belakang cheq ni. Makin sakit sekarang ni tu yang kena buat jugak tapi yang peliknya dari form 5 (sebab masa ni baru sedar psl sakit blkng ni) dulu aku ulang-alik pi jumpa pakar dia tak suggest pon buat physio. Dia kata "tak de pape dah tulang dah matang an" "jangan risau lah" "okay, kita akan buat appointment dan akan x-ray je lah utk tengok perubahan" kalau setakat x-ray setiap kali datang buat apa. Doktor kata boleh mandul kalau selalu x-ray T_T bayangkan aku dah expose kt radiation dari darjah 2 ke 3. Ish ish dengan MRI la, x-ray, Ct scan kot lagi satu tu la. Ahad haritu jumpa doktor klinik biasa dia yang suruh buat physio ni untuk kuatkan muscle nak support tulang belakang ni. Amende ar doktor pakar tu. Bukan satu hospital je dah pergi. Dua ke tiga ntah aku pergi. Semua doktor tak cakap pape. Ha pastu setiap kali datang setiap kali tu semua doktor practical, pakar2 dok kerumun tp xde benda jadi pon. Nak operate tak boleh sebab tak cukup syarat lak tp aku mmg x nak pon kuikui Nanti kalau jadi doktor jangan lah jangan cam ni ye (nasihat utk diri sendiri gak). Ceh gua dah melalut panjang dah kahkahkah SORRY! gomen ne. Aku geram sangatlah. Tu yang suka berjelar jelar tu. Ha ni pon nak start melalut ni. Intro je dah panjang an hahahahaha ni la benda korang kena baca setiap kali baca blog aku :P

Okay, part 3 ni cerita untuk keesokkan harinyaaaaa. Hari khamis ni kiteorang pepagi dah pergi sarapan kat tempat yang aku cerita tu. Disebabkan kiteorang ni satu family 7 orang and ramai yang besor besor so kiteorang naik gak satu motor yang bawak orang tu. Berhimpit la dalam tu XD yang tambah ke depan tu dari hotel 300 bath.

motor tu pon macam tak larat gak sebenarnya hahaha

Lepas dah sarapan pe semua kiteorang balik ke hotel balik naik tuktuk jugak lah. Dia akan tunggu kita. Balik balik je terus kemas barang, pack pack yang mana tak sempat nak pack tu pastu kiteorang gerak balik ke Hatyai. Patutnya nak stay kat sana lagi tapi ingat nak shopping sikit. So sampai sana pon petang pukul 3 cam tu kot. Check in kat hotel Lee Garden. Hotel ni murah gak tau tapi kiteorang ambik Lee Garden One sebab dia ada lagi satu yang baru. Yang baru tu kalau check in 1500 bath satu bilik tapi kiteorang punya ni 1500 bath untuk dua bilik yang ada connecting door. Murah an. Kat Malaysia mana ada murah macam ni. Besar pon besar gak tapi lupa nak ambik gambar. Bilik yang aku tidur tu memang besarrr. Ada katil queen tapi turunkan katil boleh la tido beberapa orang dalam tu pastu satu lagi bilik tu dia punya katil single ada dua. Tapi kecik sikit la. Bagi aku dah cantik sangat dah la :D

Petang tu kiteorang keluar pegi makan. Ada kedai makan ni tomyam dia sedap bak hang. NAma dia Rohana Tomyam. Murah gila. Kalau tempat lain yang kiteorang pernah pergi sekali hadap RM100 lbh tapi sini RM30 lebih ja untuk 7 orang ye. Makcik ni pandai cakap Melayu tapi suami ngan anak dia tak pandai rasanya. Kiranya dia belakang stesen minyak esso x silap. Kena jalan kaki sikit la.


Pastu kiteorang pergi Robinson Mall. Ingat nak shopping la sikit tapi harga kemain kau mahainyaaa. Macam pergi Pavi gitu tapi Pavi mahai lagi kot. So dapat cuci mata je la. Depan tu ada la gerai gerai buat sale bag pe sume tapi aku tak beli sebab sale dia RM40+. Kat Malaysia aku boleh dapat RM20+. Ha tu sebabnya kalau nak shopping kena survey barang kat Malaysia dulu :D

Esokknya pulak, hari jumaat tu kiteorang pagi pagi naik tuktuk pergi Pasar. Memang nama tempat ni Pasar. Cakap je nama dia ni. Tambang dia 20 ke 30 bath ntah lupa lak hehe kat situ memang lah barang murah murah. Ada makcik yang mak aku sembang dalam van tu dia kata kat situ kalau nak beli cadar memang best la. Kalau basuh tak luntur la warna dia. Tak macam biasa yang beli kat kedai sini. Pastu mak aku beli beg dia and mak aku belanja aku beli high heels hehehehehehe

Ha kilat kilat gitu kau. Adik aku kata macam kasut pengantin haha last pakai heels macam ni masa sekolah rendah dulu. Kalau dulu setinggi tingginya pon pakai okay lagi. Naik sekolah menengah start pakai wedges. Memang kalau pilih wedges tu aku pilih paling tinggi sekali haha tapi kalau heels tak boleh tinggi2 dah sakit kaki T_T tak macam wedges an btw kasut ni aku dapat RM25 tapi kena pandai tawar. Ada akak tu bagi tips dia kata kena tawar harga paling rendah. Contohnya harga RM35 korang mintalah RM20. Kadang2 dorang bg kadang2 tu tak bagi then naik lah jadi RM22 ke kalau x dapat. Tapi kalau kaya tu tak tau la. Kot malu ke nak minta haha ikut kemampuan masing-masing tapi sebenarnya kos dorang ni tak mahal sangat pon tu sebab kiteorang boleh letak harga rendah2. Sama macam kat Malaysia pon tapi kat Thailand harga barang tak lah semahal macam Malaysia. Macam mana lah nak tolong orang Malaysia an. Aku suka beli barang2 yang aku nak sangat kat negara lain macam Indonesia ke Thailand ke sebab dua negara ni je setakat ni barang murah murah. Unless kalau kat Malaysia tau tempat tempat yang murah baru aku beli. Tapi bukan la semuanya mahal korang kena pandai survey dulu le sebelum ke luar negara :)
                                   
Aku ingatkan kat Thailand ni ada la baju lengan panjang ke blouse yang tak jarang macam kedai thailand dekat ngan rumah aku ni rupanya mostly tak sesuai nak beli. Kalau ada pon tak lawa. Tapi dress banyak la macam kata Malaysia. Harga tu tak tau la :D

Pastu kiteorang pergi naik gajah. Yang ni kalau dewasa 1000 bath seorang and budak budak dia bagi 200 bath.Tak de beza pon ngan Malaysia punya tapi kalau tak silap masa aku naik time kecik2 dlu kat Malaysia punya teruk atas badan gajah kot. Kat Thailand ni dia ada kerusi atas tu tapi ada la lapik2 banyak idak ka kesian gajah tu. Best la jugak sebab dia bawak jalan kt air, kat kawan kampung orang tp bkn kampung sangat la. Aku takut gila kot kot gajah tu berendam nanti. Dah siap siap panjangkan monopod dah. Kalau dia berendam aku tegakkan ke atas je la hahaha ye la sayang kot kalau fon masuk air. Kalau sony tu x pe gak ar. Pastu dia kata dia nak cari side income so dia jual gading gajah yang dia buat loket pe sume. Bukan tak kesian tapi em ntah la. Abg aku jawab kata "duit semua kat parents. Nanti tanya la dia"






Then kiteorang terus gerak pi Floating Market tapi yang lama punya tau sebab yang baru orang tu kata tak best sangat. Lupa nak habaq mai tambang van untuk dia bawak pi sana sini untuk hari yang ini je kena tambah 900 bath. Kat floating market ni aku mcm jakun sikit gak ar. Ye la kat Malaysia mana ada kan hekhek cara dia nak bagi barang, ambik duit pon lain. 

ni pancake kot tak silap tp sedap sangat!


ni pon sedap la jugak. Kena gigit sikit cili padi tu baru sedap tp kalau orang yang tak suka ni better jangan la sebab abg aku, adik aku dorang kata x sedap sikit buat muka cemana ntah haha jalan gi negara orang la kena rasa makan macam2 yang penting halal.

Tu dia! dia guna batang hujung tu ada bakul kecik untuk letak duit ke barang ke :D tapi jaga jaga la takut angin kuat habis terbang XD

Pastu kat situ pon ada jual jual baju belakang kedai makan sana. And aku dapat bau batwing yang aku cari tuuuu. Kat Malaysia aku dapat mahal sangat T_T kat kedai tu dah mintak RM15 tapi dia bagi RM18. Okay la kan harga tu. Cuma bila tawar harga tu kalau korang rasa munasabah korang pujuk la sampai diri sendiri setuju takpon dia bagi harga atas sikit ke. Pastu aku beli sling bag. Harga RM28 :D cari jenama kipling tapi x lawa so aku ambik je la jenama yang lawa hampir2 sama mcm kipling XD eh betul kan ejaan dia kipling hahaha

Dah habis berjalan kiteorang pon nak balik dah ke Malaysia tapi naik bas sebab tket train habis T_T terpaksa la naik bas. Dah la berhenti asing2 utk imegresen. Susah sikit la. Harga tiket tu RM50 untuk bas yang executive tempat duduk dua-satu. Beza sikit kan dengan train baik naik train tapi tak de rezeki an. Cumanya naik bas ni kena pandai sikit la. Nanti dia turun kat pudu raya. Pastu nanti kena naik komuter, LRT untuk ke KL sentral. Banyak step sikit la. Kalau pandai cari komuter, LRT yang betul okay la. InsyaAllah korang pandai punya. Bukan macam aku. Noob sikit kahkah harga tiket ni aku lupa la hee

Okay tu je la kot cerita diaaaa. Kang kalau aku teringat something yang aku lupa aku  betulkan baliklah pastu nanti aku buat bracket (update) tu kalau ada la ye :D okay babai muah muah ! Assalamualaikum :D 


Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga !





Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

06 August 2014

Raya di Hatyai-Krabi (Part 2)

Assalamualaikum

Hai berjumpa lagi kita di segmen yang kedua cewah sangat. Btw iolls mntk maaf sbb part 1 tu haritu iolls revert to draft balik. Eh yang tu ke term dia kakaka tak de lah haritu aku salah harga so mohon tengok balik ye :D

Part 2 ni guwa nak cerita pasal hari esoknya. Kiteorang pergi snorkelling uollssss. Bukan snorkelling je tapi pergi ke pulau pulau lain jugak. Honestly aku ckp aku bayang krabi ni laut cantikkkk sangat tapi rupanya yang laut dia cantikkkkk sangat tu kat pulau pulau tu. Memang rugi lah sape yang tak pergi pulau pulau tu. Orang panggil island hopping eh? tapi ni pendapat aku la maybe sebab aku ingat Krabi ni pulau rupanya dia bandar ada laut. Laut yang dekat ngan hotel aku tu tak sempat lak pergi so tak sure lawa ke dak hehe

Sebaiknya sebelum pergi tu makan lah sikit. Kalau nak beli breakfast yang murah plus halal plus sedap korang naik tuk tuk cakap kat orang tu nak pergi masjid kat depan masuk sana bukan masjid kat Ao Nang ni. Kedai dia tu kat ngan selekoh and sebelah 7eleven jugak tak silap. Lupa sangat nak ambik gambar. Ada sorang makcik tu tau cakap melayu. Kat situ ada nasi nasi dalam bekas plastik jernih, ada roti canai tapi tak macam kat malaysia T_T ada air teh tarik, milo bagai, ada pulut udang! ni kena beli sebab memang sedap gila tak macam kat sesetengah tmpt di Malaysia ni. Maybe kat Malaysia tak berlemak kot. Kot lah tapi an kat kampung aku rasa sebijik cam kt kedai ni. Nasi ulam ke nasi kerabut dia sedap sangat. Ayah aku beli banyak banyak nasi pon baru bape je. 300 bath lebih cam tu kot tak silap.  300 bape ntah. Murah an? Tempat lain mesti dah lebih lagi dah. Ha lagi satu ayam goreng dia sedap bak hang woi! haha

So, korang mesti nak tau harga island hopping tu kan kan? Untuk dewasa 1000 bath seorang and budak kecik 800 bath. Hok yang ni kiteorang naik speedboat. Kalau korang suka naik yang jenis kayu tu em orang panggil tangkang apa ntah tu korang boleh request kat dorang kot. Kot lah sebab ada je naik yang kayu tu. Ada orang suka yang tu sebab slow boleh tengok tengok tapi aku suka speedboat lagi. Laju bak hang. Adventure habis lah kate ko. First time naik memang lah cam ni. Selalu naik yang boat slow sikit tu. Bagi aku sama je. Laju ke tak boleh je tengok pemandangan tapi kalau ada sesiapa yang takut naik laju laju naik la yang slow. Naik yang laju ni memang duduk dalam tu mcm nak melambung aku. Ada sekali tu ombak kuat sangat kot dia macam nak terbalik ke belakang kahkah terkejut jugak aku. But dont worry dorang tau le cemana nak control an lagipon ada lifejacket an.

Islands yang kiteorang pergi ni aku tak ingat sangat lah nama dia tapi ada yang poda island, chicken island ha nama dia chicken sebab bentuk dia macam chicken. Aku ada ambik gambar tapi kat fon mak aku so pandai pandai engkorang search sendiri erk haha lupa nak habaq mai. Makan tengah hari dia sediakan sekali. Kalau naik yang kayu punya dia macam buffet lah tapi jangan le bayangkan buffet besor besor tu haha tapi harapnya halallah makanan dia sebab dia kata halal insyaAllah. 
ni masa mula mula nak gerak pegi ke tmpt boat tu. Dia ambik kt hotel hotel la ramia ramai naik :D


Cantikkan laut dia ni :D

jernih je air dia an. Aku suruh adik aku ambik sekali ngan pulau belakang tu tp dia ambik aku je -.-






ni kedai yang kiteorang breakfast pagi tu :D


Pastu balik dalam pukul 2 cam tu kot tapi sebelum balik kiteorang singgah kt island ni dia kata tmpt ni ada orang duduk kot. Dia ada banyak gua gua pastu ada orang panjang panjang dinding gua tu em tak tau la nama activity tu apa



Adik aku ckp omputeh ni comel je cara dia nk ambik gmbr. Dia tanya aku pegang apa aku ckp lah monopod pastu aku ckp jom selfie pastu dia senyum sambil buat peace tapi pasal timer aku lmbt sgt kot dia ke kiri pastu dia masuk balik sempat lah haha XD

orang lain pakai tali dia sorang je tak pakai weh ._.

Em ha ni je kot cerita dia nanti sambung lagi part 3 :D Assalamualaikum








Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

04 August 2014

Raya di Hatyai-Krabi (Part 1)

Assalamualaikum

Sawadikap haa ko gituuu. Tau la baru balik dari Thailand kakakaka entah betul eje ke dak tu. Anyway, selamat hari raya semua! Maafkan segala salah dan silap saya selama berblogging ni. Sama ada sedar atau tidak. Biasalah kita manusia buat salah. Tau dah seminggu raya tapi iolls busy le nak buat ucapan hewhew

Ni nak ceghita mai kt hangpa semua ni. Haritu kiteorang satu family pergi backpacking ke Hatyai-Krabi gitchuuu. Orang lain hari raya pertama sibuk dok balik kampung. Kiteorang lak pergi bercuti. Bukan tak nak balik kampung tapi masa hari raya ni lah kiteorang adik-beradik balik rumah. Hari biasa nak pergi cuti mana boleh. Parents tak bagi ponteng kelas. Ni bulan 3 nak pergi Surabaya ni pon tak tau la aku cuti ke dak masa tu. Harap sangat cuti. Kalau tak cuti aku nak cuti gak. Ah tak kira haha

Ha tengok dah melalut panjang dah intro aku. Okay, straight to the point je la eh. Raya pertama tu macam biasalah pergi solat raya. Ambik gambar tapi satu je lupa nak buat. Lupa nak bersalam-salam ngan parents. Excited sangat berkemas nak pergi bercuti an haha pastu petang tu dalam pukul 3 gerak pergi komuter kajang sebab nak ke kl sentral kan. Tiket komuter yang dewasa tak silap RM2.80. Pastu dah sampai KL Sentral tu lepak-lepak , makan-makan dulu then dalam pukul 9 pergi Gate A nak naik train. Aku tak pernah naik train yang tidur macam ni tu yang rasa seronok gila. Tiket dewasa RM55 (atas) & RM60 (bawah) tapi tak de makan minum tau. Tu kena beli lain. Aku paling sakit hati dengan orang yang jual jual tu. Dia jual macam macam lah and ayah aku macam nampak kuew teow so aku pergi la tanya orang tu. Ada lak dia cakap "jangan nak mintak merepek-repeklah. Kenapa tak mintak lemang terus je?" hakalah engko ni. Dah lah semua orang dengar. Boleh je dia cakap tak de. Sedap je nak gelakkan orang. Nak pesan, makanan atas train mahal and jangan la expect sedap sangat XD tapi nasi lemak dia sedap! 


Ha cam ni le rupa dia. Tapi atas cam rendah sikit kalau bawah tinggi sikit la. Tapi bagi aku mana mana pon okay kan :D

Naik train ni jangan lupa bawak stoking tebal sikit, baju sejuk ke sebab dia punya selimut macam cadar sikit lah haha bantal dia em em ikut orang gak lah. Ada orang kata bantal dia keras. Memang keras sikit tapi okay lah nak buat tidur semalam je. Ha lagi satu jangan lupa compass! Macam kiteorang gerak malam cuma kena solat subuh je dlm train. Masa tu kat Malaysia lagi pastu solat duduk atas katil cam ni je lah.

Sampai kat padang besar dalam pukul 9 lebih kot. Pagi esoknya. Ha baru sampai kat Padang besar dah 12 jam belum sampai hatyai lagi T_T nanti kena isi borang kt imegresen Malaysia ngan Thailand. Naik train senang sbb satu tempat je imegresen je. Naik bas la susah sikit kena turun dua kali. Ada sorang pegawai imegresen ni baik tau. Dia tolong-tolong sikit pastu masa kepala train nak sambung dengan badan train ni dia la suruh kiteorang ke depan sana nak ambik gambar ke video haha jakun nau le. Pastu dalam pukul 10.30 pg naik train balik nak ke Hatyai. Dia pakai badan train yang sama je tapi kalau nak selamat better bawak je beg beg turun sekali.

Masa dalam train nak ke Hatyai tu tetiba ada sorang ni cina la kot tapi orang Thai. Dia kata dia agent. Nama dia Ah Meng. Mulanya kiteorang ingat nak urus sendiri je. Naik tuk tuk ke stesen bas pastu naik bas pergi Krabi tapi bila kira kos balik beza sikit je ambik ejen dengan buat sendiri sebab abang aku dah pernah pergi so dia tau lah kos kos tambang pe sume ni. Kalau nak senang ambik je lah agent tu. Yang kiteorang ambik ni dia kata transport pergi balik hatyai-krabi dengan krabi-hatyai RM75. Ni anggaran duit Malaysia sebab dia kata 750 bath seorang ye. So, darablah bape org yang pegi. Hekeleh tu pon nak cite korang pon tau kena darab kekeke. Em duit dorang lebih kurang kita je. Cuma boleh jadi naik turun. Maybe RM75 ke RM78 ke cam tu lah kot. RM75 ni dah termasuk kos tuk tuk dia nak bawak kita ke kedai dia. Dalam 45 minit cam tu ha sampai le kat Hatyai. Yihaaa! so apa lagi bergambar le kita. Disebabkan aku tak larat nak angkat beg aku dah abang aku yang second tu tolong bawakkan sekali dengan beg dia sebab beg dia tarik je haha berlenggang le aku :P


ni tuk tuk dia

Dia bawak kiteorang pergi Krabi pakai van ni lah. Boleh dok 14 orang kot

Masa dia bawak ke kedai dia tu nanti kena bawak semua benda kat situ lah. Bayar transport 750 bath untuk seorang, hotel yang kiteorang ambik nama dia Ao Nang Top View. Dekat lah jugak ngan pantai and paling penting dia kawasan kedai kedai orang ISLAM. Tapi kena tengoklah jugak. Harga dia 1500 bath satu bilik (RM150) Dia punya bilik ni macam bilik dalam bilik. Pahe dak? haha Mula-mula masuk nampak katil pe sume pastu ada lagi bilik. Disebabkan dalam bilik ada dua bilik so total harga dia 3000 bath. Tak boleh ambik satu je sebab bilik sekali. Takkan nak renovate buang satu kot lol. Tapi kalau tak mampu tu ada je bilik yang dalam RM70/80 tu :D Kiteorang dari Hatyai tu pukul 1 lebih kot waktu Thailand. Sampai betul betul kt hotel Ao Nang ni pukul 8 lebih. 24 jam punya perjalanan kot! haha kalau tak boleh sampai petang tapi orang yang bawak kiteorang tu dia merayau ambik barang dia lah, ikut jalan lain lah. Dalam van ni kan ramai so macam kiteorang haritu dia berhenti kat Pekan Krabi dulu. Rupanya Krabi ni besar tapi yang laut punya nama dia Ao Nang n lah. Jangan pulak pergi sewa kat Pekan Krabi tu, Jauh nak ke pantai sat gi haha cuma kalau top view ni wifi kat lobby je lah. Kat dalam bilik kena bayar 50 bath. Dlm RM5 cam tu lah duit Malaysia. Pastu wifi dah la lambat. Sabo je la.


hotel dia kat hujung tu ha. Penat gak ah nak dakit bukit. Dapat lak tingkat paling atas T_T

Ni bilik sebelah belakang

ni bilik utama. Katil dia ni kalau engkorang larat korang angkat la sebab bawah dia tu dia letak katil single dua.  So boleh la letak satu kt sebelah tilam yang besar ni satu lagi bawak la masuk dlm bilik satu lagi. Boleh la tidur ramai ramai :D





Kalau malam tu korang rajin turun lah kat bawah tu. Ambik angin malam ke. Best tapi kedai tutup pukul 11 malam waktu Thailand. Kalau nak beli souvenir beli kat gerai ni

Keychain dia murah murah. Jangan beli kat kedai kedai tepi tu. Mahal. Kalau beli lebih dari satu kena mintak diskaun. Haritu kiteorang orang last datang dia yang offer diskaun :D

Pastu kalau rasa nak sewa motor nak jalan jalan sendiri ada je kat situ. Motor skuter la. 300 bath tak silap untuk satu hari. Aku x sure sangat sebab kteorang tak sewa pon :D Ha lupa nak cakap kalau duit nak makan tu kena lah spare banyak banyak sikit. Macam kiteorang satu family sekali hadap je dah RM100 lebih. Memang mahal. Tomyam je pon dah mahal. Kat Thailand kalau tak makan tomyam tak sah tau haha

Ni je lah cerita untuk part 1. Cerita untuk dua hari :D Nanti i sambung lagi ye babai assalamualaikum :D






Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

09 July 2014

Resepi Ikan Bakar dan Air Asam

Hai Assalamualaikum

Dah sampai 10 Ramadhan dah kan. Tak sabar nak raya eh? tak tak :p so amacam puasa kalini? iman kuat ke tak? ke tengok orang makan je dah terliur? haha XD 

Bulan puasa ni aku dapat puasa tak sampai seminggu kat Kuantan. Best lah jugak puasa kat sana. Tak sama macam puasa kat Semenyih ni. Kat sana an bazaar ramadhan meriah pastu paling bestnya dapat bukak puasa ala ala picnic tepi masjid negeri. Best sangaaaaat. Harap tahun depan dapat lah lagi insyaAllah. So bila dah balik rumah ni tak tau lah nak buat apa dah. Bosan punya pasal sehari tu banyak kali asyik tido. Kalau kat kuantan ni dah lama aku lepak kt dorm. Tapi sini mana ada dorang T_T Haritu raihana balik tapi tak sempat nak jumpa. Sampai sini pon pagi jumaat. Pastu tido sampai tak sedar diri dah. Esok tu lak ada hal. Yang freenya hari ahad tapi rai dah balik lak v.v sedih sangat. 

Sebenarnya aku nak cerita pasal aku masak haritu. Melalut benda lain haha haritu aku buat ikan bakar. First time buat sendiri hehe menjadi lah jugak. Family semua suka :D tak de lah susah sangat. Search je kat internet pastu pandai pandai lah ubah resepi tu sendiri tapi untuk resepi ni aku tak banyak ubah pon sebab dia guna bahan basic macam kita selalu masak gak. Ni aku dapat dari satu blog ni tapi lupa blog mana. Maap ye. Okay mari mula!

Resepi Ikan Bakar

Bahan-bahan
- 7 ekor ikan kembung ---> sbb family ramai. so pandai. pandai la kurangkan bahan lain kalau ikan sikit haha
-2 batang serai (diketuk)
-daun limau purut (ikutlah nak satu ikan dua daun ke)
-air asam jawa (2/4 cawan)
-daun pisang dan aluminum foil

Bahan-bahan kisar
-10 cili merah
-4 sudu besar cili blend
-10 cili api (nak kurangkan pon blh)
-3 biji bawang besar
-6 ulas bawang putih
-6 batang serai
-garam dan gula sikit je

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan serai, garam dan air asam jawa
2. Letakkan daun pisang atas aluminium foil. Letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. Nak sedap lagi masuklah sambal tu celah ikan tu. Pastu letakkan daun limau purut tu atas setiap ikan. Bagi dia ada rasa sikit lah :D Kemudian boleh lah balut.
3. Masukkan dalam microwave. Pilih combination 4 untuk suhu 180C selama 20 minit. Tapi kalau tak de microwave boleh guna oven suhu 180C dlm masa 20 minit gak tapi kena bakar dengan api kecil sehingga ikan masak pada kedua-dua bahagian.
4. Boleh lah hidangkan dengan air asam.


Resepi Air Asam

Bahan-bahan
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- 1 biji buah tomato (potong dadu)
- 1 cawan air masak
- 5 biji cili padi (nak banyak lagi pon boleh)
- 1 genggam asam jawa
- 1 sudu besar gula
-  1/2 inci belacan bakar (kalau suka)

Cara-cara:
1. Gaulkan 1 cawan air dengan asam jawa. Then ambik air dia je lah. Biji orang tak makan pon.
2. Satukan semua bahan tadi dengan air asam jawa.
3. kacau sehingga gula larut.
4. Masukkan belacan tadi. 

Emmmm dapnyeeeee. Ha terliur letuww. Best kalau boleh masak sendiri ni sebab kalau teringin je boleh buat dah tak yah harapkan orang lain. Ni pon aku tetiba teringin last minute tu yang buat jugak tu hehe

Selamat mencuba!



Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)