10 October 2011

petua : nak badan kurus

nak mana ? cepat pilih hahah


sekarang ni mesti ramai yang ada masalah kegemukan kan ? kunjungi London Weight Management -.-' bukan tu sebab utama aku nak post ni . tak de sebab nak promosi benda alah tu haha tak percaya sangat dengan benda benda tu . aku tak pasti lah petua yang aku bagi ni betul ke tak tapi ada sebahagian cara Islam ada sebahagian aku dengar orang cakap je lah and sebahagian lagi aku belajar dalam subject biologi . saja nak konsi . now kita mulakan ! hope enjoy ceh! haha

---> seboleh bolehnya kalau nak makan tu sebelum pukul 7 lah kan . baru lah elok :) and jangan sesekali makan masa tengah malam . macam kul 10 ke atas ke cam tu . memang lah aku pon selalu buat tapi sekarang try nak hentikan . tak elok . nanti kena macam macam penyakit . eh ye ke ? okay tak pasti yang tu . tapi mesti ramai yang kata "aku makan tengah malam okay je tak gemuk pon" kau kata je cam tu . tengok lah bila kau dah besar nanti , kau amalkan lah memang badan kau macam tong drum *bunyi music latar drum*

---> kalau korang nak mandikan seelok eloknya lah kan mandi dulu baru makan . kalau makan dulu baru mandi nanti perut korang buncit . nak ke perut buncit ? kalau lelaki berumur tu standard lah kot tapi kalau yg lelaki muda ni haa acano ? lari semua perempuan . begitu juga dengan perempuan . kalau dah besar and dah kawin , perut buncit orang fikir ngandung tapi kalau muda muda ni ? haha orang fikir lain plak kan . so jangan lah amalkan

--->masa korang makan , korang makan laju laju macam gelojoh tak ? jangan weyh ! makan laju laju ni cara syaitan . cara nabikan kunyah bape kali erk . okay lupa . korang makan laju laju tu boleh buat korang gemuk tau ?! maybe sebab tak habis hadam , makanan lain dah masuk cam tu lah kot . kena makan slow slow . 

---> ada orang kata masa pagi makan macam raja , tengah hari makan macam permaisuri and malam makan macam apa erk tapi malam pon jangan makan banyak makan macam pemaisuri gak . nak tau kenapa pagi pagi kena makan macam raja ? waktu pagi kan kita nak buat kerja berat . nak belajar lah . jadi kita perlukan tenaga . tu sebab sarapan pagi tu penting . and tengah hari plak makan macam permaisuri sebab permasuri kan makan sikit . tak perlu kot makan banyak2 . malam pon sama . 

---> amalkan pemakanan yang sihat . jangan makan benda benda macam McD lah maggi lah . padahal aku pon sama . esok nak pergi makan McD haha tak pe last lah esok kan hihi

---> ni mungkin tak de kaitan dengan masalah gemuk kot tapi saje lah nak selit . kena makan sayur and buah buahan banyak2 sebab elok untuk penghadaman and lain lain . tak de lah senang kena buasir ke sembelit ke . bahaya . pisang salah satu buah buahan elok untuk usus kita :)

---> kalau ambil makanan tu , ambil dalam kuantiti yang sikit tapi makan dengan kerap . kerap tu tak de lah setiap minit kau makan . kiranya macam dalam bape jam tu kau lapar makan lah lagi tapi sikit . cara ni okay sikit . doktor pon cakap cam ni kat mak aku and cara ni jugak elakkan dari pembaziran . 

---> nak lagi bagus , kalau dalam pinggan tu bahagikan kepada 4 bahagian . satu bahagian untuk nasi , satu bahagian untuk ikan or ayam , satu bahagian untuk sayur and satu bahagian lagi untuk buah buahan .

---> sebelum aku terlupa kalau makan tu jangan lah campur makanan laut dengan makanan darat . contohnya : ikan campur dengan ayam dalam satu pinggan and makan sekali plak tu . nanti benak hati . nanti nak belajar pon susah apa pon susah tau kalau dah benak hati tu . dia bukan penyakit tapi macam alaa aku tak tau nak terangkan cam ne hihi dalam Islam pon ada kata tak boleh . tak elok . nak makan dua dua pon tapi asing asing lah . mula mula makan ikan , dah habis makan lah ayam plak :)

insyaAllah kalau korang amalkan macam yang aku tulis di atas korang takkan gemuk hihi aku pon baru nak try . rasanya setakat ni kot aku punya info . yang ni je aku tau . okay bye :D



Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

No comments: