09 July 2014

Resepi Ikan Bakar dan Air Asam

Hai Assalamualaikum

Dah sampai 10 Ramadhan dah kan. Tak sabar nak raya eh? tak tak :p so amacam puasa kalini? iman kuat ke tak? ke tengok orang makan je dah terliur? haha XD 

Bulan puasa ni aku dapat puasa tak sampai seminggu kat Kuantan. Best lah jugak puasa kat sana. Tak sama macam puasa kat Semenyih ni. Kat sana an bazaar ramadhan meriah pastu paling bestnya dapat bukak puasa ala ala picnic tepi masjid negeri. Best sangaaaaat. Harap tahun depan dapat lah lagi insyaAllah. So bila dah balik rumah ni tak tau lah nak buat apa dah. Bosan punya pasal sehari tu banyak kali asyik tido. Kalau kat kuantan ni dah lama aku lepak kt dorm. Tapi sini mana ada dorang T_T Haritu raihana balik tapi tak sempat nak jumpa. Sampai sini pon pagi jumaat. Pastu tido sampai tak sedar diri dah. Esok tu lak ada hal. Yang freenya hari ahad tapi rai dah balik lak v.v sedih sangat. 

Sebenarnya aku nak cerita pasal aku masak haritu. Melalut benda lain haha haritu aku buat ikan bakar. First time buat sendiri hehe menjadi lah jugak. Family semua suka :D tak de lah susah sangat. Search je kat internet pastu pandai pandai lah ubah resepi tu sendiri tapi untuk resepi ni aku tak banyak ubah pon sebab dia guna bahan basic macam kita selalu masak gak. Ni aku dapat dari satu blog ni tapi lupa blog mana. Maap ye. Okay mari mula!

Resepi Ikan Bakar

Bahan-bahan
- 7 ekor ikan kembung ---> sbb family ramai. so pandai. pandai la kurangkan bahan lain kalau ikan sikit haha
-2 batang serai (diketuk)
-daun limau purut (ikutlah nak satu ikan dua daun ke)
-air asam jawa (2/4 cawan)
-daun pisang dan aluminum foil

Bahan-bahan kisar
-10 cili merah
-4 sudu besar cili blend
-10 cili api (nak kurangkan pon blh)
-3 biji bawang besar
-6 ulas bawang putih
-6 batang serai
-garam dan gula sikit je

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan serai, garam dan air asam jawa
2. Letakkan daun pisang atas aluminium foil. Letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. Nak sedap lagi masuklah sambal tu celah ikan tu. Pastu letakkan daun limau purut tu atas setiap ikan. Bagi dia ada rasa sikit lah :D Kemudian boleh lah balut.
3. Masukkan dalam microwave. Pilih combination 4 untuk suhu 180C selama 20 minit. Tapi kalau tak de microwave boleh guna oven suhu 180C dlm masa 20 minit gak tapi kena bakar dengan api kecil sehingga ikan masak pada kedua-dua bahagian.
4. Boleh lah hidangkan dengan air asam.


Resepi Air Asam

Bahan-bahan
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- 1 biji buah tomato (potong dadu)
- 1 cawan air masak
- 5 biji cili padi (nak banyak lagi pon boleh)
- 1 genggam asam jawa
- 1 sudu besar gula
-  1/2 inci belacan bakar (kalau suka)

Cara-cara:
1. Gaulkan 1 cawan air dengan asam jawa. Then ambik air dia je lah. Biji orang tak makan pon.
2. Satukan semua bahan tadi dengan air asam jawa.
3. kacau sehingga gula larut.
4. Masukkan belacan tadi. 

Emmmm dapnyeeeee. Ha terliur letuww. Best kalau boleh masak sendiri ni sebab kalau teringin je boleh buat dah tak yah harapkan orang lain. Ni pon aku tetiba teringin last minute tu yang buat jugak tu hehe

Selamat mencuba!



Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)