18 December 2011

Cara Memilih Sabun Kulit Muka Yang Sesuai

Hey you all ;) disebabkan harini aku masuk kerja lambar, aku pon bangun awal haha tak de lah awal mana pon and disebabkan harini aku rajin aku nak post something. Haaa nak tau ? baca tajuk pon dah tau. Sebenarnya benda alah ni aku jumpa dekat satu web ni. Tekan sini :D Aku mengaku awal awal yang ni buka aku punya tapi saja je lah aku nak kongsi dengan reader aku kan. Mana tau ada yang tak pernah bukak link tu and tak pernah tau ke kan. Tak salah aku kongsi *winkwink* Baik tak aku ni ? bhahah okay diam.
Pemilhan Sabun Untuk Kulit Kering untuk membantu melindungi dan mencegah kulit dari iritasi dan jerawat:
  • -> Sabun yang mengandungi formula Gliserin
  • -> Sabun yang mengandungi formula Petroleum
  • -> Sabun yang mengandungi formula Beeswax
Jika anda tidak membilas sabun dengan bersih selepas menggunakannya, ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan berlakunya iritasi. Selain itu, ia turut menutup pori-pori dalam jangkawaktu panjang
Jenis-jenis sabun yang perlu dielakkan yang menggunakan formula-formula berikut:
1. Sabun yang mengandungi formula Sodium Hydroxide & Alkaline: Boleh menyebabkan kulit mengalami iritasi dan kering.
2. Sabun yang mengandungi formula  Anti Bacterial Formula: Hanya membersihkan bahagian luar tetapi tidak mematikan kuman dan bakteria yang ada pada jerawat.
3. Sabun yang mengandungi  Lemak Haiwan: Mengakibatkan jerawat.
4. Sabun yang mengandungi PH di atas 7: Meningkatkan kewujudan Propionobacteria – sejenis bakteria penyebab jerawat.
Anda juga perlu memilih serta mengenali sabun dan fungsinya seperti berikut:
Acne Soap – Sabun ini dikhususkan untuk membunuh bakteria-bakteria pada jerawat. Sabun ini mudah mengakibatkan kulit kering. Sebaiknya, sapukan pelembap atau losyen selepas menggunakannya.
Cosmetics Soap atau Bar Cleanser – Biasanya banyak dijual digerai kecantikan. Cosmetic soap memfokuskan formulanya untuk memberi hasil tertentu, seperti pada whitening facial soap dan firming facial soap.
Natural Soap – Sabun yang mengandungi rumusan semulajadi ini memiliki formula yang sangat lengkap seperti vitamin, ekstrak buah, ekstrak bunga, aloe vera dan minyak essential. Sesuai untuk semua jenis kulit dan kebarangkalian membahayakan kulit sangat kecil.
Deodorant Soap – Sabun ini bersifat aktif untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian tubuh. Ia juga sesuai digunakan bagi mereka yang sentiasa menjalani kehidupan aktif. Anda tidak boleh menggunakan sabun ini pada kulit wajah kerana ia memiliki kandungan yang cukup keras yang dapat menyebabkan kulit mengalami alahan.
Melayukini.net – Semoga penerangan ini memberi kita satu pendedahan baru mengenai jenis-jeni sabun yang sesuai digunakan untuk kulit muka kita.
Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

No comments: