30 May 2014

Rezeki Tak Disangka dan Tips!

Assalamualaikum

Hello ebelibadeyhhhh. Maap le dah lama tak update blog sebabnya wifi kat rumah ni dia mintak kaki sebenarnya ye tapi kita ni sabo tu yang tak pijak tu. Yang TM pon satu haih maleh den nak cite pasal orang TM ni. Sakit hati la. Mesti rindu aku kan? cakap je lah engko rindu aku. Jangan simpan simpan tak elok kikiki haa awak pon mesti rindu nak baca blog kita an ke rindu tuan blog ni haha k nanti ada yang menyampah. Panjang betul intro dia an hehe

Meh nak cite ni. Mai la dekat dekat wahai orang kampung semuaaaa! semua..semua.. *echo* ehem nampak tak betapa sunyinya blog aku ni sampai ada echo sound hoho okay saya mula ni. Dah tak de mengarut-ngarut dah. Kalau aku mengarut lagi haa aku tengah bahagia letuwww :3 kay tak de kena mengena haha ni sebenornya nak cite yang hari jumaat lepas haa seminggu dah an aku dapat result. Hari jumaat kiteorang tak de kelas. Malas gak sebenarnya tapi ku gagahkan juga diri ini untuk result ku itu! *tunjuk muscle*. Sebelum nak ambik result tu aku tak letak harapan yang tinggi pon sebabnya nak dekat final tetiba aku ada macam macam problem. Kalau nak tau masa tu aku asyik nangissssssss je. Stress sangat sangat hm sedih, pastu lak peratus final 60%. Aku ulang ni ENAM PULUH PERATUS! gila kau! orang yang ulat buku je boleh score tau tak. Aku ni bukan rajin nak setadi mana pon. Setakat baca pastu pergi melagha benda lain. Memang rasa frust ada, rasa takut ada tapi tawakal je lah. Cuba je lah takat mana yang mampukan?

Pastu aku terfikir lah jugak kalau aku result aku jatuh cemana? sebab masa madam cakap dalam kelas haritu dia cuma cakap ada yang maintain ada yang jatuh tapi ramai jatuh so aku rasa macam aku punya result jatuh T_T kay tak pe lah aku pon pegi lah ke meja madam dan tibalah giliran aku nak tengok result. Memang masa tu macam macam perasaan ada. Dah macam nak ambik result SPM gua cakap sama lu niiiiii. Pastu gua pon masukkan id dengan ic sebab slip tak leh ambik lagi time tu. 

.
.
dubdab
.
.
.
dubdab
.
.
.
seminit... (tipu je seminit kakaka)
.
.
.
loading... (dalam hati: Allahumma Rabbi Yasir Wala Tu'assir Wa Atmim Bil Khair..)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan.... jeng jeng jeng *drum roll* 3.8 ! wuhuuuuuuuuuuu! rasa nak berjoget kat situ jugak! Seriously masa tu tak leh kawal perasaan aku dah. Haa sekarang pon rasa nak nangis jugak XD Gua tak sangka beb! paling tak sangka physics ngan bio. Macam bio tu dah lah carry mark rendah gila gila bak hang, yang physics tu carry mark okay la hehe even aku tak suka physics tapi tak tau la cane setiap test ngan exam aku boleh buat entah. Rezeki. Alhamdulillah. Cuma total CGPA aku dapat 3.7 something la. Okay la tu hee Pastu an aku terus call parents aku. Boleh dengarlah betapa happynya dorang. Time aku call tu mmg aku mcm nak nangis dah haha sbb aku tak expect 3.8 tau. Tetiba dapat ya Allah tak sangka sangat.

Aku ni ada satu 'masalah' yang pelik and kak tyqa pon tak paham ngan aku haha sebab bila aku TERLEBIH excited ke, sedih ke, marah ke, but especially kalau excited la confirm aku rasa pening kepala, sakit kepala, nak muntah, tak lalu nak makan, semua ada. Aku tak boleh nak terlebih sangat. Kena pandai kawal. So masa hari ambik result tu mmg pening gila kepala aku haha

Okay, sekarang aku nak share beberapa tips untuk kita as a student :)
1) Solat jangan tinggal. InsyaAllah semua orang tak tinggal.

2) Kalau ada masa tu rajin rajin la buat solat dhuha. Satu untuk murahkan rezeki, satu lagi tu satu cara untuk kita nak dermakan muscle muscle kita ni. Muscle pon kena bersedekah jugak. Tapi kalau ada kelas pagi tu tak leh buat apa lah. Kalau lelaki mungkin senang nak lari pegi kejap tapi pompuan susah sikit melainkan dia dah ada wudhu and terus solat dgn pakaian dia.

3) Buat solat sunat taubat. Ustazah apa entah pernah bagi ceramah dia kata solat taubat pon boleh bukak pintu rezeki. InsyaAllah.

4) Setiap kali solat tu selalu la doa untuk pelajaran kita. Pernah dengarkan kalau selalu doa tu insyaAllah doa diperkenankan. Pastu masa doa tu letak target paling tinggi contohnya doa nak dapat 4flat terus. Biar letak cita-cita setinggi langit, sekurang kurangnya kalau jatuh kita jatuh atas gunung je.

5) Masa doa tu doa la bersihkan hati, kuatkan ingatan, tajamkan fikiran, bagi kita mudah menerima ilmu dan yang penting doa bagi kita dah terima tu ilmu tu boleh melekat sampai bila bila. Aku pon nak kata boleh ingat tu tak jugak kahkah sealu lupa tp kita cuba.

6) NI PALING PENTING MASA NAK DEKAT EXAM haa kau besar besar lagi haha setiap kali exam ke test KENA bagitau parents sebab doa ibu bapa kan insyaAllah dimakbulkan. Bagitau member yang lain mntk doakan kot la dalam hati dorang tetiba doa terdoa kan ke haa untungkan cenggitu. Pastu masa nak dekat exam tu selalu kena doa bagi Allah lembutkan hati pemeriksa kertas, kalau ada salah jangan bagi dia perasan biar dia bagi betul je, kalau ada jawapan dekat dekat bagi betul je pastu doa bagi Allah tunjukkan masa kita tgh belajar tu tajuk mana yang exactly masuk dalam exam, gerakkan hati kita, datangkanlah dalam mimpi kita soalan soalan yang akan masuk. Yang ni memang gua sarankan sebab menjadi kat aku. Masa form 3 ngan form 5 tetiba dapat mimpi bahagian yang masuk especially macam novel yang kena hafal dah la x tau mana yang masuk so bila dapat mimpi tu aku focus kt bahagian tu je, yang lain aku baca cenggitu je pastu lagi satu pasal gerakkan hati tu an memang benda yang tak masuk exam memang aku tak baca. Bagi orang lain maybe penting. So kalau pengiraan tu la selalunya aku just focus mana yang aku rasa masuk je. Macam aku ajar math kt kawan aku haritu benda tak penting aku tak ajar pon even dia tanya and alhamdulillah la tak masuk hehe so tak de la kita susah susah nak study tau. Cuma kalau macam biology tu je aku still tak de cara lagi T_T sebab aku rasa semua penting hahahah kalau aku dapat mbbs aku tak tau la nak guna cara cam ne untuk study. Cara aku ni untuk takat foundy ni takpon benda kira kira tu okay la jgak hm :( takut lak haha

7) Masa nak jawab exam, nak ambik result ke even nak cari parking ke tak kesah la papepon yang kita nak Allah permudahkan, baca ayat ni : Allahumma Rabbiyassir Wala Tu'assir Wa Atmim Bil Khair. Maksudnya Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan.

8) Bersaing senyap senyap dengan orang lain. 

Okay tu je kot tips aku setakat ni. Kalau ada lagi nnti gua bagitau la ye. Maybe ada yang korang tau tapi sukati lah aku nak share jugak haha kalau nak cara study em em aku bukan study sangat hehe dia ikut orang sebenarnya. InsyaAllah korang semua pon boleh berjaya aamiinn~ doakan aku untuk sem 3 ni pulak ye :)

Ya Allah semoga Mas Izzati mendapat 4flat untuk sem 3 ni. Aamiin~ haaa thanks sebab doakan ! hee

Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

No comments: