21 April 2011

tanda-tanda lelaki dah bosan ngan awek diaorang

1. tak reply sms korang. dulu korang lambat reply seminit pun dia merajuk... tapi sekarang korang hantar 10 sms, dia reply 1... sedih kan?

2. dulu setiap setengah jam nak call korang.. tanya tengah buat apa. sampai korang pun naik serabut.. tapi sekarang dalam satu hari pun belum tentu lagi dia nak call.. alasan yang paling kerap dia guna ialah busy.. busy? come on la.. kepada lelaki-lelaki, alasan ini memang tak boleh digunapakai... dalam 24 jam takkan lah korang tak bole spend masa 5 minit je cakap dengan awek korang... korang bukan kerja 24 jam kan? 

3. mengelak bila ditanya pasal kawin.. dah nama pun dah bosan, bila sebut pasal kawin mesti la dia tak nak... dulu bukan main lagi dia janji macam-macam...



'nanti kahwin abang bagi hantaran RM50 ribu..''kalau sayang kahwin dengan abang, mesti sayang bahagia''nanti lepas kita kahwin kita pegi honeymoon kat bulan ye sayang. tak ada orang nak kacau kita kat sana' 

       tu dulu la... kalo sekarang korang tanya, mungkin ni la jawapan dia

'awak ni tak ada soalan lain ke nak tanya ?''ikut awak la nak macam mana pun. saya ikut awak je''cakap pasal lain boleh tak ?''tak payah cakap lagi la pasal kahwin. mak ayah awak belum tentu suka kat saya''banyak benda saya tak ready lagi. tolong sabar boleh tak ?'         
kepada lelaki, perempuan tanya tu bukannya nak ajak lelaki kawin esok pun.. perempuan just nak plan je..

4. dulu dia panggil korang sayang, baby, darling, honey dan yang sewaktu dengannya. tapi sekarang dia cakap dengan korang guna awak-saya je... tak pun dia silap sebut nama orang lain.. haaa... tu memang dah parah... tu maknanya memang korang tak ada dalam ingatan dia dah... nama orang lain yang ada dalam kepala dia sekarang... 



5. dorang mesti macam nak tak nak layan je bila korang nak chat ke ape. maybe dorang busy ngan pompuan lain ke. tak pon korang dah tak penting dalam hidup diaorang


di sini ingin saya nyatakan satu fakta yang baru saya dapat iaitu lelaki memang cepat bosan.



credit to : unaa . nombor 5 je aku tambah sendiri :')
Thanks for reading, enjoy , feel free to drop your comment and follow me :)

No comments: